Individu 40 tahun keatas di Lembah Klang boleh dapatkan vasin ‘walk in’

Individu 40 tahun keatas di Lembah Klang boleh dapatkan vasin ‘walk in’. Vaksinasi secara “walk-in” dibuka bagi warga Lembah Klang yang berusia 40 tahun ke atas mulai 2 Ogos, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata vaksinasi “walk-in” ini juga akan diperluas kepada individu berusia 18 tahun ke atas mulai 5 Ogos.

“Ini atas dasar siapa cepat dia dapat, bergantung kepada kapasiti PPV (pusat pemberian vaksin),” katanya.

“Mereka yang tidak dapat (terima vaksin) akan diberi keutamaan pada keesokan harinya.”

Tambahnya, maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan media oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Kenyataan berkenaan akan turut menyenaraikan PPV yang menerima “walk-in”, katanya, sambil menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan pesanan-pesanan WhatsApp yang menyebarkan berita palsu mengenai perkara ini.

Individu

Sementara itu, Khairy mengumumkan bahawa kerajaan mencapai sasarannya untuk melengkapkan vaksinasi bagi 20% populasi negara menjelang akhir bulan ini.

Sasaran seterusnya, katanya, adalah melengkapkan vaksinasi 40% populasi menjelang Hari Merdeka.

“Kami cukup yakin bahawa menjelang esok, 99% orang dewasa di Lembah Klang yang telah mendaftar akan mendapat janji temu,” tambahnya.

Menurut Khairy, setakat ini Malaysia memperoleh 12 juta dos vaksin Sinovac dan merancang untuk meningkatkan bekalan kepada 15 juta atau lebih.

Katanya lagi, negara telah membeli vaksin Cansino satu dos dari China dan berharap dapat menerima penghantaran pertama dalam minggu pertama Ogos.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi PICK yang bermula 24 Feb lalu.

Sebanyak 13,500,479 dos diberikan sebagai dos pertama, dan 6,514,070 sebagai dos kedua, lapor Bernama.

Adham berkata, 41.3% populasi negara telah menerima dos pertama sementara 19.9% telah lengkap vaksinasi.

Katanya, 512,097 dos diberikan semalam, dengan 315,737 daripadanya sebagai dos pertama dan 196,360 sebagai dos kedua.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/31/vaksinasi-walk-in-individu-40-tahun-ke-atas-di-lembah-klang-mulai-isnin/

BACA :Terkini !!! Anwar menghadap Agong 2.30 petang ini