Indah khabar dari rupa, warga asing kecewa pekerja di Malaysia terlalu toksik

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Fenomena ‘lompat kerja’ bukan lagi perkara asing bagi individu yang ingin mengejar gaji lebih tinggi dan peluang kerjaya lebih baik.

Namun, berbeza dengan kebiasaan, seorang warga asing meluahkan rasa kecewa kerana sering bertukar kerja

akibat persekitaran kerja yang tidak sihat, terutama disebabkan rakan sekerja tempatan yang didakwanya terlalu toksik.

8 Kerja Dalam 2 Tahun

Individu yang identitinya dirahsiakan itu mendedahkan bahawa dia telah bertukar kerja sebanyak lapan kali dalam tempoh dua tahun.

Indah khabar dari rupa, warga asing kecewa pekerja di Malaysia terlalu toksik

Rekod paling lama dia bertahan di satu tempat kerja adalah enam bulan, manakala pekerjaan lain tidak sampai tempoh itu.

“Saya berumur 28 tahun dan telah bekerja selama 2 tahun. Dalam tempoh itu, saya telah menukar kerja sebanyak lapan kali. Rekod paling lama ialah setengah tahun, dan selebihnya kurang daripada itu,” katanya.

Dia percaya punca utama dia tidak dapat bertahan lama di satu tempat kerja bukanlah kerana kelemahan dirinya, tetapi kerana sikap negatif rakan sekerja yang sukar untuk bekerjasama.

Persekitaran Toksik dan Rakan Sekerja Sombong

Menurutnya, kebanyakan rakan sekerja yang ditemui sepanjang pengalamannya bekerja bersikap sombong dan tidak mesra. Bahkan, dia sering menjadi mangsa fitnah dan sindiran di tempat kerja.

“Saya berhenti kerja bukan kerana prestasi saya lemah, tetapi kerana hubungan yang buruk dengan orang sekeliling. Ramai rakan sekerja saya sangat sombong. Jika mereka hanya mengabaikan saya, itu tidak mengapa. Tetapi mereka juga sering memburukkan saya di belakang,” jelasnya.

Majikan Tidak Peduli

Dia turut meluahkan kekecewaan terhadap pihak atasan yang hanya mementingkan kepentingan sendiri dan tidak mengambil tindakan untuk melindungi pekerja bawahan yang menjadi mangsa layanan buruk.

“Pihak atasan hanya menjaga periuk nasi mereka. Mereka membiarkan saya terkapai-kapai walaupun tahu saya dilayan dengan buruk,” tambahnya.

Persoalan Tentang Persekitaran Kerja di Malaysia

Individu ini mengakhiri perkongsiannya dengan satu persoalan besar: “Kenapa saya tidak dapat bertemu dengan orang yang baik? Adakah tempat kerja di Malaysia memang begini?”

Kisah ini membuka ruang untuk perbincangan mengenai budaya kerja di Malaysia, khususnya tentang hubungan interpersonal dan sokongan terhadap pekerja asing.

Persekitaran kerja yang sihat bukan sahaja penting untuk produktiviti, tetapi juga untuk kesejahteraan mental pekerja.

BACA: Akhirnya Khairul Aming respon dakwaan agihan bantuan tak diagih dengan adil