Impian nak ‘grad’ tidak kesampaian, 2 pelajar USIM jadi mangsa kekejaman Israel

Dua pelajar siswazah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara mangsa yang terkorban dalam serangan udara Israel yang berlaku di Gaza, Palestin semalam.

Pemergian Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen dimaklumkan

universiti berkenaan dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

Impian nak 'grad' tidak kesampaian, 2 pelajar USIM jadi mangsa kekejaman Israel

Difahamkan, lebih 20 orang ahli keluarga mangsa turut terkorban dalam serangan itu termasuk empat orang anak pasangan itu. Hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

“Mohammed J. H. Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM terkorban dalam serangan yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi.

Menurut USIM ia disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq.

“Mohammed J. H. Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai yang lalu. Manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.

“Salam Takziah daripada seluruh warga USIM, moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” maklum USIM.

Sukarelawan Palestin Terkorban Dalam Serangan Udara Israel

Sebelum ini, seorang sukarelawan Palestin dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu, lapor Bernama.

Sukarelawan yang dikenali sebagai Abu Romzi itu telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.

Sewaktu kejadian, jet tempur Israel telah menyerang ambulans Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), sebuah pertubuhan sosial kemanusiaan Indonesia, di hadapan kuarters sukarelawan di kompleks hospital itu.

“Abu Romzi, kakitangan MER-C tempatan yang berada berhampiran ambulans, adalah salah seorang mangsa dan segera dibawa ke hospital,” tulis seorang sukarelawan Indonesia di Semenanjung Gaza, Farid dalam satu kenyataan.

BACA: “Patutlah masa aku minta nak tengok telefon suami dia tak bagi, akhirnya harinya tiba, aku terkejut lihat gambar adik perempuan aku tanpa pakaian dengan suami”