Iktibar buat DAP, hati-hati jika buat rundingan rahsia

DAP

Iktibar buat DAP, hati-hati jika buat rundingan rahsia. Seorang pemimpin akar umbi DAP Johor berkata, parti itu sepatutnya terlebih dahulu mendedahkan bahawa dua Ahli Parlimennya sedang membincangkan pembaharuan dengan pasukan Muhyiddin Yassin sebelum maklumat itu sampai kepada pengetahuan umum.

Dr Boo Cheng Hau berkata, langkah itu memberi impak negatif terhadap imej parti dan menambah “defisit kepercayaan” antara pemimpinnya dan masyarakat.

Boo, yang juga ahli jawatankuasa negeri Johor, berkata berikutan kontroversi 1MDB dan pembelotan di Sabah, yang mengakibatkan pertikaian mengenai jawatan Ketua Menteri, orang ramai menjadi lebih berhati-hati dengan urusan politik rahsia.

“Dan mereka akan mula mempersoalkan perjanjian ini jika ia dianggap sebagai satu bentuk tawar-menawar,” katanya, sambil menambah, beliau telah menerima aduan daripada ahli-ahli parti yang tidak puas hati.

Bekas ketua DAP Johor itu juga berkata, perjanjian tawar-menawar ini mungkin bukan yang terbaik demi kepentingan Pakatan Harapan, DAP dan demokrasi.

Katanya, ahli-ahli parti berhak tahu urusan pemimpin mereka.

Pada Ahad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan Pakatan Harapan (PH) memberi lampu hijau kepada pemimpinnya untuk mula berunding dengan seteru politik bagi merungkai situasi politik semasa.

DAP

Ini susulan laporan oleh Sin Chew Daily bahawa Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming membantu mendraf cadangan yang dikemukakan Muhyiddin Yassin pada Jumaat untuk memastikan pentadbirannya kekal utuh.

Lim berkata, laporan berkenaan “berbaur anti-DAP” dan cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan DAP.

Boo, bagaimanapun, menggambarkan langkah mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan dengan “rejim yang gagal” sebagai “tidak wajar”.

Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, episod ini tidak akan memecah belahkan DAP, walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Pua dan Ong akan terkesan.

“Saya rasa Lim melindungi mereka dengan berkata, mereka diberi lampu hijau,” katanya.

Cheng berkata, walaupun langkah tersebut boleh menyebabkan perpecahan, cadangan itu mendapat sedikit sokongan umum.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura juga tidak percaya DAP akan berpecah belah akibat perkara ini.

“Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran Muhyiddin,” kata Oh.

Dalam apa pun keadaan, katanya, tidak salah untuk berbincang dengan seteru politik untuk meneroka sebarang kemungkinan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/18/rundingan-rahsia-bukan-caranya-pemimpin-dap-johor-beritahu-parti/

BACA: Duta Rusia dakwa Kabul lebih aman dan selamat dibawah Taliban

COMMENTS

Wordpress (0)