Ikan paling mahal di dunia rupanya hidup di Sungai Sarawak

Ketika gempar 2 tahun lalu dengan harga ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi, Kedah, yang dipanggil ‘harga kayangan’

kerana melebihi RM1,000 untuk seekor ikan berat 7.48 kilogram, ramai mungkin terlepas pandang bahawa di Sarawak, terdapat spesies ikan yang jauh lebih berharga.

Empurau, juga dikenali sebagai raja ikan sungai Sarawak, mempunyai nilai komersial tinggi, dengan harga boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 sekilogram!

Ikan paling mahal di dunia rupanya hidup di Sungai Sarawak

Ikan eksotik ini mahal kerana ia hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tepi sungai seperti engkabang, memberikan rasa berlemak pada dagingnya dan mempunyai aroma harum apabila dimasak.

Ikan empurau liar, yang sering dirujuk sebagai emas Borneo, hidup di habitat sungai yang bersih, sejuk, jernih, dan berarus deras dengan dasar sungai yang berbatu, menyebabkan ikan ini akan berpindah jika habitatnya tercemar.

Baca Artikel Penuh