Idris Ahmad pula tegur kerajaan, minta seragamkan pelaksanan SOP dan kompaun

Idris Ahmad pula tegur kerajaan, minta seragamkan pelaksanan SOP dan kompaun

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, menggesa kerajaan menyeragamkan pelaksanaan SOP dan kompaun pelanggaran berkaitan di semua peringkat agar dilihat adil.

Beliau menarik perhatian pemerintah kepada pelbagai komen dan kritikan daripada orang ramai berkaitan pelaksanaan SOP, mengatakan tindakan kompaun haruslah dengan budi bicara kecuali bagi pesalah berulang yang ‘degil’.

“Undang-undang yang digariskan adalah untuk melicinkan segala perancangan yang dibuat, namun ia masih tertakluk kepada sifat manusiawi,” katanya dalam kenyataan.

Idris mengingatkan pemerintah wajar menjaga kepercayaan rakyat agar segala polisi dan tindakan dalam menstabilkan ekonomi dan kesihatan rakyat mendapat kerjasama yang baik dari semua peringkat.

Beliau bimbang segala pakej dan bantuan kerajaan “tenggelam” kerana tindakan pihak penguatkuasa undang-undang yang menimbulkan kemarahan rakyat.

“Pihak berkuasa juga seharusnya menjadikan tempat kunjungan orang ramai seperti pusat hiburan, kilang, bazar, dan pasar malam sebagai tumpuan kerana di sini lah mudah untuk berlakunya penularan virus Covid-19.”

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan menilai semula kes peniaga di Kelantan yang dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa yang dibenarkan sewaktu PKP di negeri itu.

Perkembangan itu menyusuli ketidakpuasan hati orang ramai terhadap kes tersebut

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/28/seragamkan-pelaksanaan-sop-dan-kompaun-gesa-pemimpin-pas/

COMMENTS