Identiti Dr Iqbal Hamdi ‘dikantoikan’ oleh Doktor yang pernah bekerja di Adelaide, dakwa ini taktik terbaru scammer

Identiti Dr Iqbal Hamdi ‘dikantoikan’ oleh Doktor yang pernah bekerja di Adelaide, dakwa ini taktik terbaru scammer.

Tular baru-baru ini, mengenai satu posting di Facebook dimuat naik oleh seorang individu menggelarkan dirinya seorang doktor yang telah berjaya meraih simpati ramai

Menerusi posting yang dimuat naik oleh individu itu, dia mendakwa baru ‘kehilangan’ anaknya yang menemui ajal dan turut menceritakan semula kisah hiba arwah isterinya.

Identiti Dr Iqbal Hamdi 'dikantoikan' oleh Doktor yang pernah bekerja di Adelaide, dakwa ini taktik terbaru scammer

Susulan daripada itu, kisah sedih yang dikarangkan dalam bentuk posting di Facebooknya telah berjaya meraih simpati ramai sehingga mendapat puluhan ribuan likes, shares dan comments rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat sengelintir netizen yang tampil mendedahkan akaun Facebook itu sebenarnya palsu dan kisah yang diceritakannya semua itu adalah rekaan semata-mata.

Semua gambar yang digunakan oleh ‘doktor’ itu dipercayai diambil daripada Google

Image from Martina F John (Facebook)

Difahamkan lagi, menerusi posting yang dinaik oleh Syahr Musafir, dia mendedahkan kesemua gambar yang digunakan ‘doktor’ itu diambil daripada Google.

“Saya buka profilnya dan saya screenshot gambarnya. Terus cari di Google Lens.

“Gambar bernama Dr Iqbal Hamdi itu sebenarnya gambar Hengky Lim, warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles.

“Saya terkejut.

Image from Syahr Musafir (Facebook)

“Terus screenshot cover photo pula. Ada gambar anak-anak yang diceritakan sebagai Melissa dan arwah Rayyan.

“Hasil carian Google Lens, itu adalah gambar kanak-kanak dari Pixabay dot Com.

“Saya pun turut termenangis. Pulangkan airmatakuuu” – Netizen

Image from Syahr Musafir (Facebook)

Hasil carian di Facebook mengenai kisah ‘Dr Iqbal Hamdi’, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tertipu dengan kisah sedih dan cerita rekaan doktor palsu itu.

Ada yang juga berasa berang dengan taktik terbaharu ‘scammer’ itu yang dalam mencari mangsa di media sosial dengan melakukan posting kisah-kisah sedih.

Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:

BACA:

“Bakal suami alim, selalu ajak pergi masjid lepas tu ajak jumpa mak dia, hairan hari-hari mak dia call aku”

“Tengah khusyuk solat tiba-tiba ada objek jatuh entah dari mana”, rupa-rupanya..