Ibu pelakon terkenal Kila Fairy meninggal dunia

Oleh GEMILANGDAILY

Ibu pelakon terkenal Kila Fairy meninggal dunia

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, Rohana, 68, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ibu pelakon terkenal Kila Fairy meninggal dunia

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus peribadi Rohana yang dikenali sebagai Suzie kepada Sinar Harian.

“Kak Ana dah pergi tadi 11.33,” katanya.

Ujarnya, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil dirawat di hospital sama akibat kebocoran usus.

Menurut Suzie, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.

Media sebelum ini melaporkan, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 28 Mac lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).

Anak bongsu penyanyi itu, Syakila Nisa Jahangir Khan atau dikenali sebagai Kilafairy berkata, ibunya masih kritikal, namun, keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.

BACA:

Ingatkan budak kecil lagi rupanya dah kerja! Gadis suka bermanja dan tidur dengan abang sendiri, kakak ipar hilang keistimewaan