Ibu bapa mula geleng kepala, harga makanan kantin sekolah naik 50 peratus

Ibu bapa mula geleng kepala, harga makanan kantin sekolah naik 50 peratus. Kenaikan harga jualan makanan di kantin sekolah sehingga RM1 ternyata membuatkan ramai ibu bapa yang mengeluh.

Bagi seorang bapa, Hairizal Hadman, 38 berkata, kenaikan itu baru dimaklumkan oleh guru selepas pembukaan sesi persekolahan penggal ketiga kali ini.

Ujarnya, kenaikan harga itu melibatkan menu ayam seperti nasi ayam, nasi putih ayam kari, nasi kuning ayam goreng, nasi putih ayam kicap, nasi lemak ayam goreng juga mi goreng ayam goreng.

“Kesemua harga bagi menu tersebut sebelum ini berharga RM2, namun pihak pengurusan memaklumkan harga telah naik kepada RM3.

“Kami dimaklumkan kenaikan harga itu selaras dengan saiz ayam yang lebih besar berban­ding sebelum ini.

“Ada juga harga makanan lain seperti nasi goreng, bihun goreng dan mi goreng yang kekal pada harga lama iaitu RM1, manakala air dijual iaitu air mineral juga kekal RM1,” katanya.

Ibu bapa mula geleng kepala, harga makanan kantin sekolah naik 50 peratus

Seorang suri rumah, Norhanis Mohammad, 35, berkata, sekiranya berlaku kenaikan, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi isi rumah khususnya keluarga yang mempunyai bilangan anak ramai.

“Saya mempunyai empat orang anak yang berusia antara 5 hingga 15 tahun, tiga daripada mereka sedang bersekolah dan kenaikan harga di kantin walau sedikit pasti memberi kesan.

“Sebab itu saya lebih gemar sediakan bekal makanan tetapi ada kalanya saya tidak sempat untuk berbuat demikian, jadi mereka perlu berbelanja di kantin sekolah,” katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Norshikin Mohd. Salleh, 39, pula menjelaskan, kantin di sekolah anaknya masih belum beroperasi ketika ini.

“Bayangkan jika keluarga itu ada tiga atau empat orang anak bersekolah, sudah tentu belanja bertambah,” ujarnya.

BACA JUGA :
Ibu bapa bakal disaman jika anak didapati tiru aksi ‘Squid Game’ di sekolah kelak
Ada ibu bapa namakan anak ‘Hantu’, ‘Kentut’, ‘Pocong’
Ibu bapa bersyukur setelah 2 bulan meninggal akhirnya jenazah anak dapat dikebumikan

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)