Pasti ramai yang pernah melalui zaman kesusahan tidak kiralah dari segi wang mahupun pengangkutan.
Namun apa yang membuat luluh hati apabila kesusahan itu terpaksa dikongsi bersama si anak lebih lebih lagi jika masih kecil.
Tular di media sosial Facebook berkenaan seorang ibu muda yang sedang bergelut dalam kesusahan
apabila terpaksa menaiki motor bersama dua anak kecilnya.
Menurut pemilik akaun tiktok Faizal Danial, dia menemukan ketiga-tiga beranak itu di Caltex Educity, Nusajaya.
“Masa ni aku singgah solat isyak, ternampak akak ni baru sampai nak isi minyak sambil pegang baby tak sampai 1 tahun dengan lagi sorang umur 2-3 tahun”.
“Aku perhatikan je dan turun tanya akak tu nak pergi mana?saya boleh tolong hantar baby dan yang lagi sorang tu, akak ikut belakang kereta saya tapi dia taknak dan tak cakap apa”.
Meskipun pelawaan lelaki ini ditolak, dia masih mengikuti wanita terbabit yang disifatkan sangat kuat semangat meskipun perlu membawa kedua anaknya menaiki kenderaan itu.
Perkongsian itu menerbitkan kesedihan pada warganet yang rata-ratanya mendoakan supaya dipermudahkan rezeki untuk wanita itu mendapat kenderaan yang lebih selamat.
“Semoga mereka bertiga ini dalam jagaan Allah..”
“Nmpak bijak ank sulung dia.. Ya Allah lindungilah keluarga ini.”
Baca juga: Terkejut bila tahu kumpulan nasyid ni ramai rupanya dari Al-Arqam