Hutan Kelantan Pun Hancur, Orang Asli Merana, Tegur Aktivis Alam Sekitar

Aktivis alam sekitar hari ini meluahkan kebimbangan berhubung prestasi Tuan Ibrahim Tuan Man selepas pemimpin PAS itu dilantik sebagai menteri alam sekitar yang baru.

Presiden Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil berkata pihaknya berasa was-was dengan kerja dan perancangan pemimpin parti Islam itu dalam menerajui kementerian berkenaan.

“Tengok di Kelantan, teruk hutan sudah hancur dan komuniti Orang Asli merana,” katanya ketika seperti dilapor FMT.

Petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumunkan pembentukan 26 kementerian, termasuk 4 menteri kanan dalam barisan Kabinet baru beliau.

Bacaan Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/09/aktivis-alam-sekitar-bimbang-tuan-ibrahim-dilantik-menteri-alam-sekitar-baru/