Husam serah kepada pucuk pimpinan parti tentukan beliau bertanding di mana

Husam serah kepada pucuk pimpinan parti tentukan beliau bertanding di mana

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau sebaliknya.

Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu berkata, beliau mengikut arahan yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda serta ‘kuat’ lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.

“Sekiranya betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana.

“Saya ini hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat daripada saya, saya tak bertanding pun tak apa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di sini pada Khamis.

Husam mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128031/BERITA/Politik/Tanding-PRU15-Husam-serah-pada-pucuk-pimpinan-parti