Husam lancar kempen ‘Save Kelantan’

Husam lancar kempen ‘Save Kelantan’

Tadi Husam ada berceramah di Kubang Krian. Hampir sejam saya mononton video live beliau sehinggalah bateri handphone mati. Banyak isu yang dikupas. Tapi saya hanya mahu kongsi perkara yang saya faham.

Pertama berhentilah kempen untuk siapa layak jadi PM. Malah Anwar pun dah mula slow bila bercakap tentang siapa calon PM. Malah beliau dilihat lebih menumpukan kepada memperkuatkan parti beliau.

Beliau (Husam) ingatkan supaya berusaha mengabungkan kekuatan parti dalam PH dan buang parti yang popular (pejuwang) tapi tiada kepercayaan rakyat. Contoh penyanyi popular. Hebat sebagai artis tapi tidak cukup layak menjadi pemimpin solat.

Kedua, pemimpin parti amanah perlu bertanya ahli tentang keputusan mereka jika tetap mahu bersama dengan parti pejuang yang dipimpin Tun Mahathir.

Saya merasakan beliau cuba mencadangkan satu referundum perlu diusahakan oleh ahli untuk mendapatkan suara ahli amanah di seluruh Malaysia samada mahu bersama tun dan perjuang atau terus kekal dengan PH dan Anwar. Atau makan dua kolam.

Apa yang saya lihat sekarang pemimpin amamah sama juga seperti pemimpin pas. Tidak berunding dalam membuat kelutusan besar tetap bersama Tun. Kerana ahli di bawah sebenarnya sudah menyampah dengan Tun bukan kerana parti beliau tetapi kerana beliau yang memungkiri janji.

Pemimpin amanah seperti macron di perancis makan dia kolam. Dalam PH pun mereka nak kekal dan dengan Tun mereka nak bersama.

Dengan Shafie tu masih boleh dikira munasabah kerana kerjasama menumbangkan PN dan MN di Sabah. Tapi di semenanjung, saya rasa cukup-cukuplah.

Saya nampak rakyat malaysia dah muak dengan Tun. Popular tapi tak layak memimpin rakyat terbanyak. Lagi diberi muka, lagi kuat tocang dia naik. Lagi kuat dia berangan hebat.

Amanah juga mula kehilangan ahli mereka secara sengap di beberapa kawasan dengan kepimpinan di Klang khabarnya sudah meletak jawatan apabila pemimpin amanah kekal rapat dengan Tun. Ya dulu ahli menyokong kerana Tun bersama-sama mempunyai impian yang sama untuk tumbangkan BN.

Tapi khianat impian kedua iaitu PM adalah Anwar. Jadi jangan hairan kalau penyokong PH mula khianat dan mengundi BN dalam 3 PRK baru-baru ni terutama bukan melayu.

Cuma apa yang saya nampak komen beliau sangat padat dengan fakta dan jika rakyat kelantan faham dan melihat politik sekeliling mereka dan kemampuan kerajaan pas mentadbir, tak mustahil kerusi parlimen bandar di kelantan iaitu di lembah sirih boleh tumbang kepada amanah.

Mungkin sebab itu, Husam meletak jawatan dan mula mengerak kempen “save kelantan” di atas dasar berlumba-lumba membuat kebajikan untuk membebaskan kelantan dari kelompok ghulu dan pedagang agama. Dan saya rasa jika gerakan save kelantan mendapat momentumnya tidak mustahil ia boleh membentuk gelombang penolakan rakyat yang berfikiran rasional kepada Pas di seluruh Malaysia.

Sekian.

Sumber :