Hukuman penjara, denda menanti jika jual air zamzam di Malaysia

Hukuman penjara, denda menanti jika jual air zamzam di Malaysia.JUAL air zamzam, anda akan berdepan hukuman penjara selama dua tahun atau denda berjumlah RM10,000!

Air zamzam berasal dari telaga di kawasan Masjidil Haram, Mekah.

Ia sangat istimewa kerana ia boleh dimmakkahinum terus dari telaga tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.

Ajaibnya air zamzam boleh bertindak balas berdasarkan niat atau doa ketika meminumnya. Air yang penuh dengan mineral. ‘One of the best drink!’

Biasanya, bagi umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan berkunjung ke telaga zamzam dan bawa pulang ke tanah air untuk disedekahkan atau disimpan sebagai bekalan.

Hukuman penjara, denda menanti jika jual air zamzam di Malaysia

Oleh kerana banyak khasiatnya, ada yang mengambil kesempatan dengan membuat perniagaan air zamzam disebabkan permintaan yang tinggi.

Namun begitu, orang ramai diingatkan berwaspada kerana anda boleh dihukum penjara dan denda!

Ini berikutan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan satu posting di Facebook tentang larangan jualan air zamzam.

BACA:

Mufti Perlis kena saman RM2 Juta

Jadi filem No 1 di Brunei, Mat Kilau dijangka mampu kutip RM40 juta

Penduduk Sabah panik tengok bentuk awan di langit, ‘nak kiamat ke?’