Hukuman pemandu mabuk : Apa beza cadangan MCA dengan DAP?

Bila aku baca laporan berita Harian semalam.. Wee Ka Siong, Presiden MCA cakap dalam Parlimen, Kerajaan bakal mencadangkan pindaan bagi tangani pemandu Mabuk dengan hukuman denda RM 100 ribu dan penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama..

Bila baca laporan BH pada 15 Feb 2020, Lim Guan Eng pun cadangkan hukuman 20 tahun Penjara dan denda RM 100 ribu.. cuma bezanya MCA dia twist sikit tambah denda RM 150 ribu bagi kesalahan kedua.. mcm depa twist tiru tanah Buluh dengan minum minyakSawit,,cuma depa tukar kata minum Vitamin E..

Aku dok ingatkan depa nak buat hukuman Mati..Qisas, Upgrade RUU 355 katanya dulu nyawa ganti nyawa..Mati balasnya mati.. paling tidak laksana hukum Qisas, atau Diyat.. tapi nampak macam sama jer.. Ulama dan penyokong PAS hari hari minta hukum mati, Sampai kata nak haramkan Arak…

Sekurang kurangnya dalam laporan kat bawah, Lim Guan Eng dah laksana Diyat..dia bagi bantuan kepada mangsa dilangar pemabuk,.. Sekarang ni, depa senyap jer walaupun kes Mabuk berlambak..

Nampak gaya bukan RUU 355, Tapi Akta 333 depa buat dulu..ni lah Akta Penjajah dan Undang2 Kapir seperti disebut dalam Amanat Haji Hadi dulu..Ingat tak..
Dok Ingat Kerajaan 95% Melayu Islam.. Peguam Negara Islam.. Ketua Hakim Islam, dapatlah laksana hukum Qisas, takpun Diyat.. rupanya junjung Undang2 Penjajah..tak takut ker mati esok kena tanam kat jirat Cina..

Ipohmali

Sumber :