Hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan – Jabatan Meteorologi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu turut disenaraikan dengan amaran cuaca jingga.

Hujan lebat di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan - Jabatan Meteorologi

Menurut MetMalaysia, tiupan angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir. – Gambar hiasan

“Amaran cuaca waspada atau kuning pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Tiupan angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA : Panas !!! DUN P Pinang kecoh, ahli politik dilarang masuk sekolah
Terkini !!! Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia – Khairy

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)