Honda City paling laris!

Honda City paling laris!

Honda City paling laris!. Honda Malaysia menjual lebih 39,000 unit kenderaan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, lonjakan jualan sekitar 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia juga menyaksikan City adalah model paling laris dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, prestasi positif yang dicapai setakat enam bulan pertama tahun ini telah meletakkan syarikat di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 80,000 unit pada 2022.

“Pada 30 Jun 2022, Honda Malaysia telah menyumbang 12 peratus kepada jumlah keseluruhan industri (TIV). Daripada jumlah unit yang dijual pada separuh pertama 2022, Honda Malaysia mencatatkan jumlah jualan tertinggi pada Mac dengan lebih 10,500 unit terjual.

“Dari segi prestasi jualan mengikut model, City menjadi model terlaris, menyumbang 39 peratus kepada jumlah jualan, diikuti City Hatchback dan Civic masing-masing pada 23 peratus dan 18 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Honda City paling laris!

Model City, City Hatchback, Civic dan Accord menjadi model kereta bukan nasional nombor satu dalam segmen masing-masing bagi tempoh Januari hingga Mei 2022.

Katanya, syarikat memulakan 2022 dengan prestasi memberangsangkan dengan pelancaran Civic pada Januari, yang memberi impak kukuh dalam pasaran dengan ciri menarik dan premiumnya.

“Baru-baru ini, kami mengekalkan momentum dengan pelancaran kereta utiliti sukan (SUV) kompak popular kami, HR-V serba baharu. Sejak pelancarannya, model serba baharu yang menampilkan penggayaan luar biasa dan teknologi canggih ini, telah mendapat sambutan luar biasa daripada pasaran.

“Penerimaan positif model Honda membantu meningkatkan prestasi jualan kami tahun ini.

“Kami melihat permintaan yang tinggi dari segi tempahan menjelang akhir pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022, di mana lebih 105,000 tempahan telah diterima dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Yoshimura berkata, Honda Malaysia sedang berusaha keras untuk memastikan kereta baharu diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya sambil mengekalkan kualiti tertinggi.

“Honda Malaysia menghargai sokongan daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan yang dikecualikan cukai jualan kepada 31 Mac 2023.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan, kesabaran dan pemahaman yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

hm2807rs

Honda City RS

BACA:

Pak Nil berjaya kumpul RM120K sumbangan untuk Zamani

Bayaran ‘one-off’ RM500 kepada guru, imam dan bilal

Agong beri amaran, agama bukan lawak jenaka

CATEGORIES