Hon Tenonet : Siap sedia kena denda dan masuk penjara jika guna

Hon Tenonet : Siap sedia kena denda dan masuk penjara jika guna

Saya terima sebuah video daripada rakan berhubung kesedihan abam lori.

Saya faham kekecewaan mereka apabila ‘hon tenonet’ tidak lagi boleh digunakan.

Jika ingkar boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum 6 bulan.

https://www.sinarharian.com.my/article/127328/BERITA/Semasa/Guna-hon-tenonet-boleh-didenda-penjara

Apa boleh saya katakan abam lori diharap bertenang bertenang-setenangnya.

Abam lori penyabar dan kental. Saya percaya abam lori rakyat yang baik dan hormat undang-undang.

Mereka cekal dan tidak pernah jemu untuk mendapatkan rezeki yang berkah untuk keluarga.

Abam lori ‘pilot darat’ bersama-sama menggerakkan ekonomi negara.

Doa saya moga mereka semua dimurahkan rezeki dan dipelihara kesihatan oleh Allah S.W.T.

Tetapi apa yang abam lori dalam video itu kata ada betulnya juga.

Banyak benda lain yang sah haram di sisi agama, tetapi tindakan pengharaman tidaklah sampai diharamkan seperti ‘hon tenonet’.

Antaranya tukar jantina. Merenung sejenak…