Hishamuddin jumpa 3 menteri hari ini bincang kelonggaran SOP, kebenaran rentas negeri

Hishamuddin jumpa 3 menteri hari ini bincang kelonggaran SOP, kebenaran rentas negeri.

Satu mesyuarat bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan diadakan esok.

Dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan bertemu dengan tiga lagi menteri.

Hishamuddin jumpa 3 menteri hari ini bincang kelonggaran SOP, kebenaran rentas negeri

Ketiga-tiga menteri itu ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami.

“Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan hari ini seperti dilaporkan Astro Awani.

Tambah Hishammudin, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai.
Katanya lagi, agenda untuk memasuki endemik turut diberikan perhatian.

“Dalam konteks endemik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup dengan Covid-19 ini. Kita dah umuman bahawa pendekatan ini akan diputuskan pada hujung Oktober.

“Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita esok,” ujarnya.

Begitupun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan esok.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/13/pertemuan-hishammuddin-bersama-3-menteri-esok-bincang-kelonggaran-sop/

BACA JUGA : Pemilihan Timbalan Speaker bakal curi perhatian sidang parlimen hari ini

COMMENTS