Hikmah disebalik Dr Mahathir letak jawatan

Dari luar kota fikir. Terfikir juga saya akan kebaikan Dr Mahathir letak jawatan sebagai PM dan serentak itu juga kerajaan PH hilang. Bayangkan betapa lelah dan letihnya Mahathir kalau beliau terus memimpin negara dalam keadaan seperti hari ini. Masakan kalau beliau menghadkan pergerakan dan tugas serta tanggungjawab sebagai PM perlu dilaksanakan. Beliau tentu menjalankan tugasnya.

Terfikir juga saya apakah beliau sengaja berhenti kerana mungkin sudah dapat meramalkan apa yang berlaku kepada negara dan dunia. Apakah beliau ada ilmu luar biasa dalam melihat masa depan negara?

Begitu juga dengan para menteri PH, apabila Mahathir behenti merkea juga hilang jawatan. Kehilangan itu memberi peluang kepada menteri baru untuk memikul masalah yang ada.

Mungkin menteri baru mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan negara. Mungkin mereka lebih baik. Sebelum ini menteri PH sering diremeh dna diperolok olokkan. Mungkin atas hakikat itu maka negara memiliki menteri baru yang berkelayakan dan tahu menguruskan negara dalam darurat ini. Mungkin.

Saya terfikir demikian. Trims.

Sumber :