Hidup bersama Covid-19, KKM bakal kemuka strategi baru

Rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia diseru agar bersedia untuk hidup bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik pada hujung Oktober ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, persediaan itu termasuk perubahan tingkah laku rakyat dalam norma baharu.

Bagi memastikan persediaan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu yang bersesuaian.

Hidup bersama Covid-19, KKM bakal kemuka strategi baru

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia agar bersedia untuk hidup bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik pada hujung Oktober depan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semata-mata,” kata beliau dalam kenyataan media pada Khamis.

Dalam pada itu, rakyat, kata Perdana Menteri, perlu sedar bahawa semua negara berdepan dengan situasi sama iaitu terpaksa hidup bersama COVID-19.

“Saya menyambut baik saranan mengenai usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) seperti yang diumumkan KKM pada 1 September 2021.

“Keluarga Malaysia perlu sedar, akhirnya kita terpaksa hidup bersama COVID-19 seperti yang berlaku di seluruh dunia,” kata beliau lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu mengumumkan bahawa negara dijangka memasuki fasa endemik selepas mencapai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap dapat dicapai menjelang hujung bulan depan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-akan-bentang-strategi-baharu-keluarga-malaysia-perlu-bersedia-masuki-fasa-endemik-pm-317476

BACA JUGA : Dakwaan wanita terpaksa bersalin sendirian di HSI disahkan JKNJ