Hawa Rizwana dedah soal jodoh, akui pernah dirisik tapi..

Hawa Rizwana dedah soal jodoh, akui pernah dirisik tapi..Belum memikirkan soal jodoh pada usia 27 tahun, namun pengacara Hawa Rizwana mengakui pernah dirisik kenalan keluarga ketika mula-mula terbabit dalam dunia penyiaran.

Katanya, niat baik pihak terbabit terpaksa ditolak memandangkan ketika itu dia masih terlalu muda untuk memberikan komitmen terhadap perhubungan, selain ingin fokus dengan kerjaya.

“Sebenarnya beberapa tahun sebelum ini ada kenalan keluarga pernah bertanya, nak diperkenalkan kepada anak mereka, cuma belum masanya.

“Soal jodoh saya belum terfikir. Buat masa ini saya tiada calon, kalau setakat berkawan memang ramai tetapi untuk dijadikan pasangan saya agak memilih,” katanya.

Tambah Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, buat masa ini dia mahu berdikari terlebih dahulu dan mencari kepuasan melihat dunia sebelum memikirkan soal jodoh.

Hawa Rizwana dedah soal jodoh, akui pernah dirisik tapi..

Baca Artikel Penuh