Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, "confirm bercinta ni!" - netizen

Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, “confirm bercinta ni!” – netizen

Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, “confirm bercinta ni!” – netizen. Baru-baru ini di sebuah program MeleTop yang dipengacarakan oleh Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana menjadi perhatian netizen apabila Hawa di usik oleh Nabil dan juga tetamu undangan Hael Husaini.

Pengacara yang baru meningkat naik, Hawa Rizwana dilagakan dengan penyanyi popular, Khai Bahar di program tersebut sebagai tetamu undangan. Menerusi klip video tersebut, Hawa dan Khai sakan di kacau Nabil dan Hael sampai dua-dua speechless dan tersipu malu.

Dalam video tersebut, Hawa hanya menyapa Hael Husaini tetapi tidak dengan Khai Bahar lalu Nabil menyampuk “Apa Hawa nak dekat cikit” boleh kata Nabil.

Giliran Hael Husaini pula mengusik Khai yang dikatakan terkedu sahaja. “Untuk Hawa saya akan ajak dan saya letak sebelah Khai Bahar” katanya.

Hawa dan Khai malu-malu atas pentas, "confirm bercinta ni!" - netizen

Tambah Nabil lagi, “Eh microfon dengan baju Hawa boleh sama warna pulak, macam dah seting-seting” katanya.

Apabila tiba masa Khai Bahar buka mulut untuk bercakap bagi mempromosikan lagu terbarunya ‘Oh Wanita’ tetapi terlihat Khai tergagap untuk berkata-kata macam berdebar-debar. Tanpa disangka-sangka, sekali lagi Khai tergagap menyebut “Oh Hawa” sedangkan sebaliknya dia mahu mempromosikan lagunya tersebut.

Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen terhibur melihatnya dan juga turut mendoakan supaya Hawa dan Khai ‘menjadi’.

BACA:

Shila Amzah tak sedar aurat terselak masa tengah ‘live’

Ismail Sabri tegaskan PM dari Umno jika wujud kerajaan campuran

Berniaga tepi jalan je tapi guna robot tolong buat nasi goreng

CATEGORIES