Hati-hati guys! 5 tahun penjara jika miliki vape dan rokok eletrik di Thailand

Hati-hati guys! 5 tahun penjara jika miliki vape dan rokok eletrik di Thailand. Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.

Ronnarong Kaewpetch mengulas isu tersebut selepas kekeliruan orang ramai terhadap kes polis Bangkok yang didapati bersalah mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan.

Dua pegawai polis berpangkat kapten polis dan lima orang sarjan dari balai Huay Kwang berdepan dakwaan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres.

Baca Artikel Penuh