Hati-hati !!! Dua pantai di Malaysia ini diserang obor-obor beracun

Hati-hati !!! Dua pantai di Malaysia ini diserang obor-obor beracun. Berenang dan bermain pasir dipersisiran pantai memang seronok. Tapi hati-hati dengan haiwan berbisa di pantai terutamanya obor-obor. Memang nampak cantik seperti jeli tapi haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut!

Hati-hati !!! Dua pantai di Malaysia ini diserang obor-obor beracun

Baru-baru ini menurut laporan sejenis obor-obor beracun, Portuguese Man o’ War atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ ditemui muncul di perairan Pantai Timur iaitu dua pantai di Terengganu, iaitu Pantai Kampung Kelulut dan Pantai Pulau Kerengga.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan negeri iaitu Ruzaidi Mamat, kemunculan obor-obor ini adalah disebabkan fasa musim Monsun Timur Laut yang melanda Terengganu. Ia telah mengakibatkan obor-obor ini hanyut ke perairan Pantai Timur.

Menurut beliau juga, kali terakhir spesies obor-obor ini dikesan muncul di perairan Pantai Timur ialah pada Februari 2020.

“Jabatan Perikanan negeri pernah merekodkan lebih 1,000 obor-obor itu terapung di Lautan Hindi dan ia bergerak dengan cara dihanyutkan arus atau angin.”

Ulasnya, purata panjang sulur sesungut obor-obor ini mampu mencapai sembilan meter panjang. Sesungut-sesungut ini diliputi dengan nematocyst dan dipenuhi racun. Ia berfungsi sebagai alat untuk obor-obor melumpuhkan, membunuh ikan dan makhluk kecil lain.

Hati-hati !!! Dua pantai di Malaysia ini diserang obor-obor beracun

Sengatan sesungut ini dikatakan amat menyakitkan dan mampu mengancam kesihatan. Malah, sengatan daripada obor-obor ini turut memberi kesan kepada tubuh apabila disentuh walaupun obor-obor ini sudahpun mati.

Malah, orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas.

BACA JUGA :
Hati-hati !!! Obor-obor kecil comel ini tetap beracun walaupun sudah mati
Fenomena air surut setahun sekali bakal berlaku Februari ini di Pulau Pangkor, boleh jalan kaki harungi laut
Padu !!! Artis ini minta cucuk vaksin kepada anak KJ dulu, live kat TV