Hati-hati berhibur di Golok, Ketua Polis Kelantan dedah sebabnya

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Golongan muda yang berhibur di kelab-kelab malam di Golok, Thailand diingatkan supaya lebih berhati-hati

kerana bimbang minuman, makanan, atau cecair vape mereka dicampur dengan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata perkara ini perlu diberi perhatian serius,

Terutama sekali apabila anak-anak muda dari negara ini berhibur di negara jiran pada malam minggu.

Menurutnya, perbuatan ini boleh mendedahkan golongan muda secara langsung untuk terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Hati-hati berhibur di Golok, Ketua Polis Kelantan dedah sebabnya

“Kami bimbang dadah mungkin dimasukkan ke dalam minuman, makanan, atau cecair vape mereka semasa berhibur di sana.

Tujuannya supaya mereka lebih ‘high’ (khayal) ketika berada di kelab-kelab malam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Mohd. Yusoff menjelaskan bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, ketamin dan erimin 5 adalah jenis dadah yang sering digunakan untuk merangsang keseronokan dan khayalan semasa berhibur.

Selain itu, katanya, pengambilan dadah jenis erimin 5 boleh menyebabkan golongan muda menjadi terjaga sepanjang malam, memberi mereka kekuatan untuk terus berhibur tanpa henti.

“Justeru itu, tidak perlu berhibur di Golok. Ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak mereka pada malam minggu kerana bimbang mereka terlepas dan pergi berhibur di Golok.

“Anak-anak muda juga perlu memilih rakan yang baik agar tidak terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di negara jiran,” tambahnya.

BACA: “Hadi patut berehat dah tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa” – Nakhaie