Hasrat beli kenderaan terpakai terbantut, wanita bogel ditemui dalam kereta

Hasrat

Hasrat beli kenderaan terpakai terbantut, wanita bogel ditemui dalam kereta.Seorang pelanggan yang mengunjungi sebuah premis menjual kenderaan terpakai terkejut apabila melihat seorang wanita sedang berbogel sambil melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk belakang sebuah kenderaan di situ, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pasukan polis di Florida dipanggil Rabu lalu selepas menerima aduan seorang wanita berada di tempat duduk belakang kenderaan terpakai jenis Jeep Wrangler 2010 yang diparkir di luar premis Bob Tyler Toyota di Pensacola.

Seorang pelanggan membuat aduan kepada pegawai jualan selepas melihat ‘seorang wanita berada di dalam kenderaan tersebut yang berada di lot jualan.’

Alexis King, 37, sedang berbogel ketika pengurus jualan kedai tersebut membuka pintu kereta terbabit.

Hasrat

Sebaik sahaja King keluar daripada kenderaan itu dan meninggalkan lokasi terbabit, pekerja di situ menyedari baahwa bahagian dalaman kenderaan Jeep itu mengalami kerosakan termasuk radio selain kesan darah haid pada bahagian tempat duduk belakang.

Seorang pengurus menganggarkan kerosakan yang dibuat King berjumlah AS$1,300 (RM5,443).

King didakwa atas kesalahan merompak, jenayah salah laku dan memberikan maklumat palsu kepada polis.

Dia kini ditahan di penjara daerah Escambia dengan ikat jamin berjumlah AS$7,000 (RM29,309).

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/28/pelanggan-terkejut-lihat-wanita-bogel-dalam-kenderaan-terpakai/

BACA: Mengaku dirinya nabi, wanita dijatuhi hukuman mati

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Hasrat beli kenderaan terpakai terbantut, wanita bogel ditemui dalam kereta […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Hasrat beli kenderaan terpakai terbantut, wanita bogel ditemui dalam kereta […]