komen

Harus diingat !!! Pas adalah parti komponen PN, kata pemimpin Bersatu

Pas adalah parti komponen PN, kata pemimpin Bersatu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menjelaskan bahawa gabungan itu telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November ini.

Ujarnya selain itu, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan.

“Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada komponen PN, (maka) tidak timbul isu memujuk ataupun apa kerana saya tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada di tahap tertinggi termasuk dari segi jentera.

Pas adalah parti komponen PN, kata pemimpin Bersatu

Ujar Mohd Rafiq, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan.

“Pelbagai program telah kita gerakkan (bersama) ke akar umbi dan rundingan kerusi juga insyaAllah ada sedikit sahaja lagi yang perlu diselesaikan dan kita akan umumkan sebelum penamaan calon nanti,” katanya di sini hari ini.

Tidak tunggu siapa-siapa

Mengulas lanjut mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis untuk bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN), jelas Mohd Rafiq, PN sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan apa sahaja situasi.

Malah PN Melaka, ujar Mohd Rafiq tidak menunggu siapa-siapa untuk menghadapi PRN Melaka.

“Itu keputusan UMNO, jadi itu hak UMNO, kita Bersatu kita tidak boleh bercakap bagi pihak UMNO.

“Kalau itu keputusan UMNO, kita Bersatu terima apa sahaja keputusan UMNO dan kita kena buat persiapan dan kita dah buat persiapan pun atas nama Perikatan Nasional Melaka.

“Kita tidak pernah menunggu sesiapa, kalau rakyat boleh tengok sejak DUN dibubarkan, kita parti komponen PN antara Pas, Bersatu dan Gerakan kita telah buat persiapan kita,” jelasnya lagi.

Tambah Mohd Rafiq, PN sentiasa memperkukuhkan gabungan itu.

“Pelbagai persiapan telah dibuat (dari sudut) jentera, mesyuarat bersama (komponen PN) telah dibuat dan rundingan kerusi juga insyaAllah ada sedikit lagi yang perlu diselesaikan.

“Jadi saya fikir keputusan UMNO itu hak UMNO, bukan Bersatu untuk mengulas.. di pihak kita, kita konsisten akan bertanding atas PN.

“Seperti mana diwar-warkan (Pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin, itulah keputusan parti komponen dalam Perikatan Nasional untuk bertanding atas tiket PN,” katanya lagi.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka: Siapa yang untung?

Komitmen Pas bersama PN tinggi

Mengulas lanjut mengenai keputusan sama ada Pas akan terus bersama PN, tambahnya tidak timbul isu melibatkan Pas dalam PN.

“Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada komponen PN, tak timbul isu memujuk ataupun apa.

“Saya tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap tertinggi, termasuk dari segi jentera dan juga semua program yang telah kita gerakkan ke akar umbi.

“Kalau mengikut kenyataan Tan Sri Muhyiddin itulah keputusannya, selebihnya kena tanya Presiden Pas sendiri,” kata Pengerusi PN Melaka itu.

BACA JUGA : PRN Melaka : Tuan Ibrahim tawar BN,PN guna logo Pas
PRN Melaka : Pembangkang sepakat guna logo PH

CATEGORIES