Hari pertama mesyuarat kabinet dengan PM, Tengku Zafrul ‘menghilang’

Hari pertama mesyuarat kabinet dengan PM, Tengku Zafrul ‘menghilang’. Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.

Perkara itu disahkan pegawai Pejabat Perdana Menteri hari ini yang memaklumkan menteri berkenaan mempunyai urusan di Qatar. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan urusan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.

Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi.

Hari pertama mesyuarat kabinet dengan PM, Tengku Zafrul 'menghilang'

Baca Artikel Penuh