Hari ketiga barulah P.Prabakaran diajak berbincang dengan JKM

Baru sebentar tadi, saya telah menerima surat jemputan daripada pihak JKM untuk menghadiri perbincangan berkenaan dengan agihan bantuan sumbangan kepada Penduduk di Taman Seri Murni.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM kerana menjemput saya selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut untuk berbincang hal-hal bantuan walaupun ini hari ketiga. Dalam mesyuarat tersebut, saya akan bangkitkan isu-isu seperti makanan yang tidak dicukupi oleh Penduduk Seri Murni, pesakit-pesakit kritikal yang memerlukan bantuan perubatan segera dan bantuan makanan JKM yang tidak sampai ke Fasa 1 dan 2 sehingga sekarang.

Saya mengaku bawah situasi seperti ini ‘Lockdown’ tidak pernah berlaku dan saya menyarankan bawah orang ramai perlu mengikuti serta mematuhi peraturan peraturan yang ditetapkan.

Saya selaku Ahli Parliamen akan pastikan segala bantuan daripada agensi kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada penduduk Seri Murni.

YB P.Prabakaran
Ahli Parliamen Batu

Sumber :