Harga ikan di Kuala Terengganu naik

Harga ikan di Kuala Terengganu naik.Harga ikan segar di Terengganu menyaksikan sedikit peningkatan berikutan kesukaran peniaga mendapatkan bekalan.

Tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang di sini mendapati, harga ikan yang popular dalam kalangan pengguna meningkat antara RM1 dan RM2 satu kilogram.

Ikan kerisi dan selayang gred A mencecah harga RM14/kilogram, ikan kembung gred A RM20/kilogram, ikan tongkol RM10/kilogram dan sotong RM30/kilogram.

Pengguna berharap agensi terbabit terus memantau keadaan tersebut bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

ikan

Peniaga mendakwa penutupan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing bagi kerja-kerja membasmi kuman dan mengelak jangkitan menjejaskan bekalan ikan tempatan.

Kompleks tersebut ditutup selama seminggu bermula Selasa lalu susulan penularan wabak COVID-19 di lokasi berkenaan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-ikan-kuala-terengganu-naik-hingga-rm2-sekilogram-319595?fbclid=IwAR0SruFtdF6HKQGSb1eMXz6wdioVJjNX3GCQbcx8bmomdMUG_k27dZImvVs

BACA: Muhyiddin sudah pengerusikan MPN dari awal, beri kepercayaan kepadanya – PM

COMMENTS