Harga barangan pendawaian elektrik naik melambung

Selepas isu kenaikan harga barang binaan, kini masalah sama menghantui para kontraktor apabila hampir keseluruhan kelengkapan tersebut naik.

Menurut laporan Utusan, harga barangan keperluan utama seperti paip plastik PVC paling ketara naik apabila harga dari RM1.40 sebatang naik kepada RM3.10. Selain itu, harga wayar turut meningkat naik dari RM48 satu gulung meningkat sehingga RM69 iaitu kenaikan lebih 30 peratus.

Barangan lain yang turut mengalami kenaikan harga adalah seperti kipas yang naik daripada RM150 kepada RM180 serta lampu dari RM10 sehingga RM16 selain hampir kesemua kelengkapan bagi kerja-kerja pendawaian elektrik tersebut naik sekitar lima peratus atau lebih bagi sesetengah kedai.

Harga barangan pendawaian elektrik naik melambung

HARGA barangan keperluan utama pendawaian elektrik khususnya paip PVC dan wayar naik mendadak sekali gus membebankan golongan kontraktor pendawaian elektrik.

Para kontraktor mendakwa kenaikan tersebut adalah paling tinggi pernah direkodkan sekali gus bukan sahaja membebankan para kontraktor pendawaian elektrik sebaliknya para pelanggan yang terpaksa mengeluarkan lebih belanja.

Muhd. Irfan Rodhilan yang juga seorang kontraktor berkata jika dahulu modal bagi kerja-kerja pendawaian elektrik bagi sebuah rumah melibatkan 10 biji lampu, lapan plug dan satu kipas ialah RM650.

Kini modal pendawaian elektrik bagi sebuah rumah itu meningkat kepada lebih RM900 sekali gus membebankan para pelanggan ekoran kenaikan tersebut.

Mengulas lanjut, Irfan yang berpengalaman lebih lapan tahun dalam kerja-kerja pendawaian elektrik ini ketika ditanya Utusan Malaysia hari ini berkata harga paip PVC dan wayar itu tidak tetap dan boleh dikatakan setiap tiga hari harga meningkat.

“Kenaikan itu dikesan sejak tiga bulan lalu dan kebelakangan ini semakin meningkat. Kenaikan pada ketika ini adalah yang paling teruk. Jika ke kedai, hari ini harga lain, esok harga lain pula.

“Ekoran kenaikan tersebut, kadangkala saya seperti berat hendak memberitahu pelanggan namun apakan daya, terpaksa juga menaikkan harga ekoran kenaikan harga barangan itu.”

Ujarnya, setiap bulan dia mampu mendapat kira-kira tiga projek pendawaian elektrik di rumah-rumah pelanggan.

“Saya sangat berharap kerajaan dapat memantau kenaikan harga tersebut yang sangat membebankan kami dan para pelanggan lain. Kalau kadang-kala tidak mengapa, ini kerap sangat naik,” katanya.

BACA JUGA : PRN Melaka : Pas tolak parti ‘ekstrem’
Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar

COMMENTS

Wordpress (0)