Harga barang naik, Azmin dan KPDNHEP buat apa?

Harga ayam dan barangan keperluan semakin naik khususnya hari raya yg bakal tiba. Walaupun harga petrol murah namun harga barang keperluan tidak turun bahkan semakin naik. Antara alasannya bekalan kurang dan permintaan tinggi. Ada beberapa persoalan dalam isu ini:-

1) Apa tindakan YB Azmin Ali Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertindak mengetuai jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ?(1)

2) Dana Jaminan Makanan yg diperuntukkan oleh Kerajaan sebanyak RM1 bilion bajet itu diguna untuk apa ?(2)

3) Bilakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan selesai menjalankan siasatan dan boleh menetapkan harga siling ayam dan barangan keperluan lain ?

Sekadar bertanya.. Berita berkenaan:-
(1) https://www.hmetro.com.my/node/558029/amp
(2) https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/04/567107/memenuhi-bekalan-makanan
(3) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689423/kementerian-siasat-punca-harga-ayam-naik

Sumber: