Harapan golongan anti-vaksin boleh ‘dine-in’ di negeri fasa 3 dan 4 musnah

Harapan golongan anti-vaksin boleh ‘dine-in’ di negeri fasa 3 dan 4 musnah.Tanggapan sesetengah individu khususnya golongan antivaksin kononnya mereka dibenarkan ‘dine-in’ di restoran dalam negeri Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa hari ini ternyata meleset dan salah.

Sebaliknya, kebenaran untuk ‘dine-in’ di negeri Fasa 3 hanya terbuka kepada individu yang sudah lengkap divaksin selain melengkapi tempoh 14 hari selepas menerima suntikan dos kedua.

Perkara tersebut dijelaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan mengatakan keperluan vaksinasi lengkap untuk ‘dine-in’ kekal bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluar oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini, kebenaran ‘dine-in’ untuk semua fasa hanya untuk individu lengkap divaksin,” katanya hari ini.

Terdahulu, rata-rata pengguna laman media sosial melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan dengan membenarkan semua invididu untuk makan di restoran di negeri Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Harapan

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman Twitter, orang ramai mula mempersoalkan kewajaran SOP itu apabila individu tidak lengkap divaksin diberi kebebasan untuk makan di restoran ketika Fasa 3.

Persoalan berkenaan mula timbul selepas satu poster bertajuk Ringkasan SOP Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 1 Oktober 2021 tular dengan memaparkan siapa sahaja boleh menikmati makanan di restoran di negeri Fasa 3.

“Ini tidak adil untuk kami yang sudah cuba untuk pastikan kita capai peratusan vaksin yang tinggi, kerajaan perlu hentikan sementara kebenaran ‘dine-in’ untuk yang belum divaksin,” pinta @Amir Izzamil.

“Tidak faham kenapa masih bagi orang yang tidak lengkap vaksin untuk ‘dine-in’, tidak kira Fasa 3 atau Fasa 4,” kata @Nrysrnfz.

“Penat tunggu 14 hari, bila Fasa 3, semua orang sudah boleh ‘dine-in’,” jelas @NqAinn_.

Sementara itu, berdasarkan pemeriksaan Kosmo! di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN), SOP Fasa 3 bagi perniagaan dan perkhidmatan hanya menjelaskan mengenai kebenaran ‘dine-in’ bermula pukul 6 pagi hingga 12 malam.

Bagaimanapun, tiada ketetapan mengenai semua individu termasuk tidak lengkap divaksin dibenarkan ‘dine-in’.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/01/tanggapan-antivaksin-boleh-dine-in-meleset/

BACA: Panas !!! Benarkah Azmin bakal isytihar parti baharu?

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Harapan golongan anti-vaksin boleh ‘dine-in’ di negeri fasa 3 dan 4 musnah […]