Haqiem Stopa didakwa sebar video lucah bekas kekasih

Haqiem Stopa didakwa sebar video lucah bekas kekasih. Haqiem Stopa yang terkenal dengan jolokan ‘ikon permotoran’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas satu tuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya, lima hari lalu.

Haqiem Stopa atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan didakwa di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 21 tahun, dalam simpanan galeri dua telefon bimbit miliknya, di sebuah rumah di Rawang di sini pada jam 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Baca Artikel Penuh