Hanya negeri fasa 4 boleh jalani sesi persekolahan bersemuka

Hanya negeri fasa 4 boleh jalani sesi persekolahan bersemuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedaya upaya memastikan semua murid sekolah menengah dan sekolah rendah menjalani sesi persekolahan secara bersemuka.

Namun begitu, menterinya Dr Radzi Jidin berkata, hanya negeri-negeri di fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan kembali ke sekolah menerusi dua proses persekolahan.

“Kita bahagikan kepada dua kumpulan dan dalam konteks ini, mereka yang melaksanakan PDPR akan masih melaksananya selagi sesi persekolahan bersemuka oleh mereka tidak dimulakan,” katanya ketika menjawab di sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Hanya negeri fasa 4 boleh jalani sesi persekolahan bersemuka

Radzi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang ingin mengetahui bagaimana melaksanakan pembukaan sekolah secara penggiliran 50 peratus pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bersemuka dan 50 petatus Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menjelaskan pertanyaan itu, Radzi berkata, sistem penggiliran akan dilakukan terhadap murid-murid di fasa 4 PPN.

Ia merupakan proses pertama penggiliran dimulakan dengan pelajar mengambil peperiksaan pada 3 dan 4 Oktober depan.

Ini disusuli dengan kadar separuh pelajar yang diwajidkan hadir ke sekolah secara bersemuka pada 17 Oktober ini.

“Pada akhir bulan Oktober barulah separuh lagi murid sekolah menengah dan murid sekolah rendah masuk,’ kata Radzi.

Selain negeri fasa 4 PPN, negeri-negeri di bawah fasa 3 dan ke bawah masih menjalankan sesi pembelajaran secara PdPR.

Awal bulan ini, KPM mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/23/negeri-fasa-4-ppn-jalani-dua-proses-persekolahan/

BACA JUGA : Rakyat hanya dibenar guna TikTok 40 minit sehari

COMMENTS

Wordpress (0)