Hanya kerana jawab ‘sebab boleh cikgu’ dalam kertas ujian, buat cikgu menangis undang reaksi netizen
Tahun lepas murid tulis ‘kamu nanya?’ dalam kertas soalan. Tahun ni ‘sebab boleh’ pulak.
Mungkin mereka tulis sambil ketawa. Rasa lawak barangkali. Ingat cikgu terhibur dan ketawalah kot baca jawapan macam tu masa menanda.
Anak-anak perlu diajar untuk bezakan di mana tempat sesuai untuk bergurau dan melawak.
Ada waktu perlu serius. Jangan sampai sebab nak melawak dan ikut ‘popular phrase’ di media sosial sampai hilang adab dalam menuntut ilmu.
Kadang-kadang mereka tak tahu apa yang mereka buat tu ‘kurang adab’.
Yang mereka tahu, hanya ikut-ikut apa yang kebanyakan orang cakap dan buat.
Tak semua boleh, dik.
BACA: Sarjan Misai meninggal dunia? Sekali Yusof Haslam buka mulut dedah cerita sebenar