Seorang wanita mendakwa bahawa bayaran kepada pembuat kandungan, atau ‘content creator’,
bagi video yang dihasilkan boleh menyamai atau bahkan melebihi gaji bulanan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO).
Dalam video yang dimuat naik oleh Adalyna, dia berkongsi cerita tentang rakannya yang bekerja dalam industri media
dan mendedahkan bahawa mereka perlu membayar RM80,000 kepada ‘content creator’ untuk menghasilkan tiga kandungan video.
“Kawan saya yang bekerja dalam bidang media baru sahaja menandatangani kontrak untuk membayar RM80,000 kepada agensi bagi menghasilkan tiga ‘content’. Bila saya dengar, saya terdiam sekejap.
“Bayangkan, tiga ‘content’ sahaja boleh dapat RM80,000. Maksudnya, nilai untuk setiap ‘content’ itu adalah lebih kurang RM26,000. Saya betul-betul terkejut waktu itu,” katanya.
Adalyna berkata, harga yang tinggi ini menunjukkan ada pihak yang sanggup membayar jumlah sebanyak itu untuk penciptaan kandungan.
“Faktanya, dia telah menandatangani kontrak untuk membayar RM80,000 hanya untuk tiga ‘content’. Ini membuktikan bahawa memang ada orang yang sanggup membayar sebanyak itu untuk penciptaan kandungan,” tambahnya.
Di akhir video, wanita tersebut merancang untuk membentuk pasukan sendiri yang terdiri daripada penyunting video, pembuat kandungan, ‘content strategist’, dan hos secara langsung (live host).
@kerjazz Nak buat duit? Tengok sampai habis!!! Cepatt DM I!!! #kerjazz #fyp #foryou #contentcreator #livehost #videoeditor #contentstrategist #kerja #malaysia #viral #fypシ゚viral #malaysiatiktok #worklife #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Adalyna
Video tersebut menerima pelbagai reaksi, dengan beberapa pengguna berpendapat bahawa bayaran tersebut adalah wajar.
“Agak logik juga untuk RM26,000 satu ‘content’ sebab perlu untuk ‘shoot’, sunting, dan ‘brainstorming’ dengan pasukan sendiri. Dia juga perlu bayar untuk pasukannya,” kata seorang pengguna TikTok.
“Sejujurnya, kiraan itu sebenarnya murah,” komen pengguna lain.
“Sebab itu ramai majikan terpaksa memaksa staf yang bukan dalam bidang tersebut untuk buat ‘content’. Bayaran untuk yang bertauliah memang mahal,” kata seorang individu.
BACA: Doktor pakar pelik kenapa buruh dari Bangladesh kenal jenis ubat rupanya ahli farmasi di negaranya