Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.
Perdana Menteri menegaskan, bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti keagamaan dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum ditetapkan di dalam prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata, pihak berkuasa agama negeri disaran memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan.
“Saya sedar pengasingan diri unNegerituk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental.
“Justeru bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan, anda dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah.
“Pastikan jarak anda dari orang lain adalah sekurang-kurangnya dua meter setiap masa. Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua orang dan kalau berbasikal, janganlah secara berkumpulan. Cukuplah seorang sahaja,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Pelaksanaan PKP yang disiarkan secara langsung, petang ini.
Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775026/pkp-hanya-lima-orang-di-masjid-rumah-ibadat