Hampir semua pekerja Maybank dinaikkan gaji sebanyak 10%

Hampir semua pekerja Maybank dinaikkan gaji sebanyak 10%.Kira-kira 93 peratus daripada kalangan kakitangan bukan perkeranian Malayan Banking Bhd (Maybank) yang mengikuti program Pendaya Tempat Kerja (WE), dinaikkan kepada gred perkeranian serta kenaikan gaji asas sebanyak 10 peratus.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Manaf, berkata kejayaan peralihan status korporat itu akan diterjemah dalam bentuk impak lebih tinggi dalam kalangan pekerja, sejajar dengan pelan lima tahun M25 Maybank.

“Menerusi WE dalam kalangan pekerja, kami tidak hanya berusaha untuk mengekalkan mereka tetapi juga untuk meningkatkan nilai kerja agar lebih mendapat motivasi dari segi pengalaman lebih kukuh dan peringkat perkhidmatan di pejabat pada masa depan, bersedia serta dilengkapi dengan kemahiran sesuai untuk berani mengharungi cabaran dan perubahan,” katanya.

Program WE telah dilancarkan pada Januari tahun lalu dan bertujuan memberi kemahiran baharu kepada kalangan pekerja bukan perkeranian untuk peningkatan kerjaya serta menyandang tanggungjawab lebih besar.

Inisiatif itu, yang memberi manfaat kepada lebih 360 pekerja di serata operasi Maybank di Malaysia, adalah program latihan selama lapan bulan yang menumpukan aspek pembelajaran pengalaman.

Ia turut memberi peluang kepada kakitangan untuk penugasan semula di bahagian lain bank berkenaan selain menyesuaikan diri dengan satu-satu persekitaran yang membabitkan perubahan berterusan, terutama dalam tindak balas terhadap pendigitalan serta pandemik
TONTON :

BACA:

PH dan PN dijangka bentuk gabungan baharu

Touch n Go mula agihkan kad NFC terbaru, tiada lagi alasan baki kurang

CATEGORIES