Hamid dakwa Hamzah cuba lantik ‘budak’ dia jadi Pengarah SB

Hamid dakwa Hamzah cuba lantik ‘budak’ dia jadi Pengarah SB

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba melantik ‘budaknya’ sebagai Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman untuk membolehkan beliau menggunakannya SB untuk kepentingan politiknya walaupun perdana menteri sendiri telah menolaknya.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara yang baru bersara Tan Sri Hamid Bador sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malasia Gazette.

Abdul Hamid mendedahkan perkara itu selepas menyerang menteri dalam negeri yang disebutnya sebagai “MDN” itu secara terbuka dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara.

Katanya, kes bermula dengan usaha Hamzah menekan Jabatan Cawangan Khas (JCK) untuk menjalankan operasi bagi tujuan politiknya, yang bertentangan dengan mandat jabatan itu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya.

Beliau memberitahu portal itu, JCK seterusnya menolak menyertai operasi berkenaan dan kemudian melaporkannya kepada Muhyiddin.

Perdana menteri yang juga bekas menteri dalam negeri kemudian bersetuju bahawa JCK tidak boleh terlibat dengan kerja politik seperti itu.

Tambah Abdul Hamid, perkara itu menyebabkan Hamzah marah dan kemudian berusaha menjalin kerjasama dengan bekas pegawai kanan yang boleh diarah menteri itu.

Tanpa menyebut nama berkata, Abdul Hamid berkata pegawai kanan JCK yang tamat kontrak tahun lalu itulah yang disebut Hamzah sebagai “budak” menteri tersebut.

Pegawai itulah yang ingin dilantik Hamzah menjadi Pengarah Cawangan Khas (PCK) baharu menggantikan pengarah sedia ada.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan budaknya menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri,” katanya.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/hamzah-cuba-lantik-budaknya-jadi-pengarah-sb-dakwa-hamid/

COMMENTS