Negara sedang menghadapi kemelut yang amat mencabar sekarang. Menghadapi ancaman Covid-19. Ancaman ini bukan hanya melibatkan negara kita sahaja tetapi jug amerupakan ancaman seluruh dunia.
Semua negara sedang berperang dengan virus ini samada peringkat atau fasa mereka berbeza-beza. China sebagai negara terawal yang menghadapi ancaman ini kini mula menarik nafas lega namun masih menghadapi secara stabil.
Ancaman Covid-19 ini bukan sekadar virus tetapi merupakan medan ujian kepada kecekapan sesebuah kerajaan mentadbir dan mengurus. Ia bukan virus yang tidak boleh dirawat cuma kehadirannya secara mengejut dan cepat merebak (pendemik) menyebabkan tenaga dan kemudahan untuk menanganinya menjadi semakin kritikal dan akhirnya keadaan jadi tidak terkawal.
Keadaan luar kawal ini adalah sebenarnya bencana besar kepada sesebuah negara seperti China pada awalnya. Sehingga mereka mengambil langkah paling drastik untuk mengekang wabak ini.
Setiap negara ada kisah tersendiri. Namun Malaysia mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ia bakal terpahat dalam sejarah negara. Kegagalan kita adalah kerana kerakusan politik beberapa pihak yang ghairah mahu berkuasa.
Sewaktu Covid-19 China memuncak, Malaysia masih terkawal. Semua pesakit berjaya dikenalpasti awal dan dikuarantin dan sembuh. Sehingga 24 Februari Menteri Kesihatan mengumumkan tiada kes baharu dan hanya dua orang sedang dirawat. Namun itu adalah tweet terakhir beliau sebagai menteri kesihatan.
Langkah Sheraton memusnahkan segala usaha Menteri Kesihatan ini dan pasukannya untuk mengawal penularan wabak Covid-19.
Hampir 15 hari negara tanpa anggota kabinet dan tanpa menteri kesihatan. Perhimpunan tabligh berlaku waktu ini tanpa ada perhatian dari mana-mana pihak kerana seluruh negara disibukkan dengan drama merebut kuasa oleh “geng pintu belakang”.
Apabila drama Sheraton ini berakhir, segalanya sudah terlewat. Kita menghadapi gelombang yang begitu mengerikan.
Negara lain mungkin lain penyebabnya, namun untuk Malaysia biarlah ia kekal terpahat dalam lipatan sejarah. Gelombang besar Covid-19 adalah kerana Langkah Sheraton.