Guna tali kawal 5 anak kembarnya, bapa ini dikecam buat macam anjing

Guna tali kawal 5 anak kembarnya, bapa ini dikecam buat macam anjing. Namun, pendirian keluarga ini tidak disenangi netizen kerana mereka beranggapan kanak-kanak bukanlah haiwan seperti anjing yang perlu diikat apabila hendak bergerak.

“Kanak-kanak sangat ingin tahu – mereka mahu berlari dan meneroka,” kata Jordan, 31 bapa kepada anak kembar lima. Dia menggunakan tali pengikat untuk memudahkan dia mengawal anak-anaknya ketika mereka keluar bersiar-siar. Mereka sekeluarga selesa apabila keluar bersama-sama dengan menggunakan tali pengikat tersebut kerana bagi mereka, kereta sorong tidak sesuai untuk dibawa lagi-lagi ke tempat yang sesak.

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi netizen yang tidak menolak penggunaan tali pengikat kanak-kanak. Ini termasuklah pakar pembangunan keibubapaan dan belia Dr.Deborak Gilboa, yang meminta orang ramai sepatutnya berfikir dan bertindak sewajarnya mengenai isu ini.

Terdapat netizen yang mempertikaikan tindakan Jordan yang mengikat anak-anaknya itu. Mereka mempersoalkan mengapa Jordan tidak melatih sahaja anak-anak tersebut berjalan dekat dengannya. Ada juga netizen yang mengatakan, “jangan ada anak ramai jika anda tidak mampu menguruskannya”.

Tambah Gilboa lagi, tali pengikat tersebut amat membantu ibu bapa yang mempunyai anak sebaya yang ramai yang mana anak-anak tersebut belum lagi mahir berkomunikasi seperti mendengar arahan dan sebagainya.

Guna tali kawal 5 anak kembarnya, bapa ini dikecam buat macam anjing

Baca Artikel Penuh