GPS tak mahu campur pertembungan Umno dengan Bersatu

GPS tak mahu campur pertembungan Umno dengan Bersatu

Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menyokong kerajaan Persekutuan demi memastikan negara dapat diurus dengan baik terutama ketika menghadapi penularan pandemik Covid-19, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Nanta berkata, GPS berpendirian untuk tidak terlalu bermain berpolitik dan akan menumpukan kepada agenda kesejahteraan rakyat.

“Sekarang ini kita perlu beri perhatian kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan kita memerlukan kerajaan yang stabil untuk menjayakan program ini. Itu yang penting bagi kita (GPS),” kata beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Sektor Peruncitan di Pasar Kedai Payang di sini pada Jumaat.

UMNO sebelum ini mengutuskan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu memaklumkan tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 namun berpendapat kebersamaan dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127029/BERITA/Politik/GPS-fokus-kestabilan-negara-tidak-mahu-main-politik