Gim masih belum dibenarkan, SOP riadah lain dilonggarkan

gim

Gim masih belum dibenarkan, SOP riadah lain dilonggarkan.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 iaitu dengan membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

“Selain itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

gim

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan juga mula dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan turut dibenarkan,” tambahnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/sop-riadah-turut-dilonggarkan/

BACA: Pemandu Viva lawan arus tampil beri penjelasan