Geram cari pantai tak jumpa, pelancong ni selamba berjemur tengah KL

Geram cari pantai tak jumpa, pelancong ni selamba berjemur tengah KL

Geram cari pantai tak jumpa, pelancong ni selamba berjemur tengah KL. Orang barat biasanya suka berjemur di bawah panas terik untuk kesihatan kulitnya. Lagi- lagi yang datang ke Malaysia akan cari pantai untuk berjemur.

Matahari terik menyinar bagaikan satu kelebihan yang ada di negara kita yang menarik buat pelancong datangnya dari destinasi sejuk.

Bagaimanapun baru-baru ini satu rakaman dengan paparan seorang pelancong tengah berjemur telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu terlihat seorang minah saleh dengan selamba baring di atas rumput yang mana sekelilingnya adalah jalan raya tempat kereta lalu lalang.

Gaya wanita tersebut mencuri perhatian ramai kerana lokasi dia berbaring berjemur itu agak tidak sesuai. Di tepi jalan raya yang agak sibuk, boleh pula dia berbaring memang orang nampak pelik.

Lagi pula kita di Malaysia ini jarang-jarang ada yang buat ‘perangai’ sebegini. Kalau cahaya terik kalau boleh nak berteduh.

Geram cari pantai tak jumpa, pelancong ni selamba berjemur tengah KL

Mungkin di negara mereka perbuatan ini adalah perkara biasa. Jadi tidak hairan mengapa wanita tersebut selamba melakukan aktiviti berjemur di tengah bandaraya.

Apa-apa pun perkongsian rakaman minah saleh selamba berjemur yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun suerayasolomon ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 50 ribu likes. Korang saksikan rakaman minah saleh selamba berjemur tengah KL ini:

@suerayasolomon♬ original sound – yanaothman

BACA:

Jiran buat birthday parti tak jemput sebab ada ‘non-halal food’, sekali dapat KFC sebagai ganti

Nur Diana Petra Abdullah ditabal Sultanah Kelantan yang baru

‘Ni bilik sewa ke liang lahad?’, netizen persoal bilik sewa di KL harga RM300

CATEGORIES