Gerakan cadang guna ubat tradisional cina untuk tangani Covid-19

Gerakan cadang guna ubat tradisional cina untuk tangani Covid-19. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berharap pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan penggunaan ubat tradisional Cina dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara.

Presidennya, Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap, kerajaan melalui kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini sebagai salah satu alternatif tambahan dalam dunia perubatan untuk mencegah atau merawat Covid-19.

“Ini kerana di negara China, perubatan ini digunakan untuk memerangi wabak Covid-19 dan telah mencapai keputusan yang baik.

“Perubatan tradisional Cina dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk melawan Covid-19 dan berusaha mencapai tujuan mereka untuk mencapai kekebalan kawanan secepat mungkin.

Gerakan

“Malah ubat tradisional Cina dianggap sebagai satu bentuk perubatan alternatif untuk rawatan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Gerakan semalam telah mengadakan perbincangan secara maya dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia.

“Semalam saya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Perubatan Cina Malaysia dan sebenarnya banyak simptom Covid-19 dapat dikurangkan sekiranya mengamalkannya.

“Saya akan mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan perubatan Cina sebagai rawatan tambahan pesakit Covid-19.” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/parti-gerakan-cadang-penggunaan-ubat-tradisional-cina-tangani-covid-19/

BACA: Saiz kabinet Ismail lebih kurang kabinet Muhyiddin

COMMENTS

Wordpress (0)