Gengster pakai PPE bakar mayat mangsa bunuh

Lima anggota kumpulan penjenayah di India memakai sut perlindungan diri (PPE) dan membakar mayat seorang lelaki yang mereka bunuh, dengan berpura-pura bahawa mangsa meninggal dunia akibat Covid-19, kata polis hari ini.

Mangsa diundang ke sebuah pesta oleh lelaki-lelaki itu dan dilemaskan. Polis berkata, dia berhutang 4 juta rupee (RM223,732) kepada suspek.

Kumpulan itu memakai PPE lengkap dan membakar mayat mangsa di tempat pembakaran mayat di bandar Agra, utara India.

“Mereka mendaftarkan mangsa menggunakan nama palsu.

“Untuk mengelakkan daripada ditangkap, mereka memakai sut PPE dan menggunakan beg mayat untuk mengangkut mangsa ke tempat pembakaran.

“Kelima-lima suspek telah mengaku bersalah,” kata ketua polis tempatan, Muniraj G.

Seorang pemberi maklumat membawa kepada penangkapan salah seorang lelaki itu, demikian menurut kenyataan polis.

India porak peranda akibat gelombang ketiga koronavirus yang menyerang pada April dan Mei lalu.

Hospital dan rumah pembakaran mayat tidak dapat menampung pesakit serta mayat pesakit Covid-19.

Purata lebih 1,000 orang masih meninggal dunia akibat Covid-19 di India sehingga kini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/29/penjenayah-pakai-ppe-bakar-mayat-mangsa-sebagai-kematian-covid-19/

BACA JUGA : Himpunan Rabu : Polis bagi amaran keras

CATEGORIES