Geng konvoi Honda Civic buat hal, netizen bengang tengok gathering dibuat…

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Taqs” collapse_text=”Hide” ]Geng konvoi Honda Civic buat hal, netizen bengang tengok gathering dibuat… honda civic type r honda civichonda civic honda civic 2020 honda civic 2022 [/bg_collapse]

 

Jalan pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu yang dibuka tahun lalu mula tular kerana keindahan pemandangan sepanjang laluan ini. Laluan ini sebenarnya lengang tetapi akan mula sibuk terutamanya pada hujung minggu terutamanya di waktu petang.

Perjumpaan sesama pemilik kenderaan tidak salah asalkan dibuat di tempat yang selamat. Dalam satu video yang dimuat naik Shahirr di TikTok, beliau sempat merakam gelagat geng konvoi Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan dan melepak dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Dapat dilihat deretan kereta berhenti di bahu jalan yang sedikit sebanyak menyukarkan pengguna jalan yang lain. Ada satu ketika, kereta lain pula yang perlu mengelak pemilik kereta yang sedang berdiri dan bersembang di sisi jalan.

Geng konvoi Honda Civic buat hal, netizen bengang tengok gathering dibuat... honda civic type r honda civichonda civic honda civic 2020 honda civic 2022

Menjengah ruangan komen video tersebut, rata-rata memberi pandangan tidak sesuai untuk dibuat gathering di kawasan tersebut kerana laluannya yang sempit walaupun pemandangannya cantik.

BACA JUGA: ”Ini semua salah Yusuf Haslam”, Deen Maidin dedah pengalaman lalu roadblock
Malaysia seperti Indonesia 10 tahun yang dahulu
Lelaki kongsi rakaman UFO yang sedang buat formasi tertentu, ramai yang turut sahkan