Gempar !!! Zahid dedah dua mandat besar yang diamanahkan kepadanya

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua mandat besar akar umbi diamanahkan kepadanya dan kepemimpinan parti itu melalui ketetapan Perhimpunan Agung UMNO serta Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.

Katanya, mandat besar yang pertama diterimanya adalah kerajaan hari ini hanyalah bersifat sementara selagi mana tidak memiliki mandat mutlak rakyat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain itu, katanya, kerusi tradisi UMNO dan kerusi-kerusi yang dikhianati pada PRU-14 tidak boleh dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi.

Zahid dedah dua mandat besar yang diamanahkan kepadanya

AHMAD ZAHID HAMIDI

“Justeru, sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat MT lepas dan berpedomankan Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik Covid-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai, maka PRU -15 perlulah diadakan bagi membolehkan mandat mutlak diperoleh untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

“Keduanya, kehendak akar umbi yang agar kerusi-kerusi tradisi UMNO dan kerusi-kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 tidak boleh sesekali dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi. Ini termasuk ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang membataskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya setelah Parlimen dibubarkan untuk PRU-15,” katanya dalam kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak mengulangi ‘kesilapan’ kerajaan lalu.

“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa perdana menteri yang mengetuai kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa Perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik serta tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu.

Menurutnya, beliau dalam masa yang sama menerima banyak pertanyaan mengenai apakah pendirian UMNO dalam pembentukan jemaah menteri dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri.

Jelasnya, UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri untuk membuat keputusan yang dirasakan sesuai.

“Parti telah membuat pendirian menyokong pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Ini bermakna, parti menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai perdana menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara,” katanya.

Berita Penuh : https://utusan.news/terkini/2021/09/saya-diamanahkan-dua-mandat-besar-ahmad-zahid/

BACA JUGA : Panas !!! Pengarah Imigresen dedah kenapa Malaysia jadi pilihan pelacur warga asing

COMMENTS